Tuesday, July 8, 2008

YANG PENTING HATI - T

CORETAN PERJUMPAAN 06/07/08 BERSAMA MR.T DI PEJABAT BW PANDAN PERDANA
Kepada mereka yang masih bersama saya dalam susah dan senang, masih memberi kepercayaan kepada saya, saya akan memberikan ganjaran pada anda semua secara saksama dengan menjadikan Syarikat Barterwallet2u.com ini lebih besar dan menguntungkan. Saya berharap anda semua lebih bersabar sedikit lagi kerana BW baru bermula dan sedang dalam usaha untuk memperbaiki semua shortcoming(masalah teknikal) yang telah berlaku. To be fair with me- tolong beri kesempatan pada saya kerana tidak ada perniagaan yang baru dilancarkan di manapun di dunia ini yang tidak mengalami masalah teknikal atau human error pada permulaannya. Bagi saya, anda semua adalah JV BERSAMA SAYA dan sudah tentu saya amat mengambil berat tentang apapun keluhan yang disuarakan.


Memang tidak dapat dinafikan, dalam perniagaan seperti ini sering berlaku prasangka yang amat tinggi apatah lagi jika ada unsur-unsur rumours yang ditabur sana-sini. Paling menyakitkan bila yang melakukan ini adalah mereka-mereka yang anda percayai kerana ada udang di sebalik batu. Tapi saya tidak akan lemah kerana hearsay ini dan saya bertekad akan membawa anda terus maju bersama saya di puncak kejayaan. Jika anda ingin bersama saya, of course!!!


Saya meminta maaf atas technical error yang berlaku pada 30 jun yang lalu di mana ada daripada anda yang tidak mendapat WTR kerana masalah sistem. Walau bagaimanapun untuk WTR 30 Jun, pihak syarikat sedang membayarnya secara manual dan harap anda bersabar. Jika ingin layanan cepat, sila telefon customer service.


Saya juga mohon maaf atas masalah withdrawal. Sila ambil perhatian bahawa Witdrawal yang dilakukan bermula 1 Julai proses pembayarannya adalah seperti yang telah diberitahu sebelum ini iaitu :
Withdrawal 01hb-15hb akan dibayar pada 22hb. Withdrawal 16hb-31hb akan dibayar pada 7hb seterusnya.


Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang buat withdrawal sebelum 1 JULAI, pembayaran akan diselesaikan dalam bulan OGOS + 12% interest.
Harap maklum. Sekali lagi saya minta maaf atas masalah ini.



Kak Jayn: Semoga apa yang dikatakan oleh MR.T dalam taklimat itu dapat memberikan jawapan pada persoalan anda. Terima kasih pada MR.T kerana dapat menjelaskan perkara ini. Ramai ahli di luar sana yang terbantut pergerakan mereka kerana isu ini yang telah diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memburuk dan mernjatuhkan imej BW2u. Apa yang saya lihat BW2u memang sebuah syarikat yang ada visi untuk maju secara pintar. Masalah yang ditimbulkan syarikat telah tutup adalah rumours semata-mata dan kini syarikat telah melantik management baru yang lebih dedikasi untuk membantu anda. CEO baru juga dilantik pada hari itu menggantikan Encik Zamri yang telah melepaskan jawatan.

Saya yakin bersama BW. Saya percaya saya akan berjaya bersama BW. Jika anda masih ragu-ragu - tanyalah diri sendiri. Jika mahu teruskan. Jika tidak - itu adalah HAK ANDA.

Apa-apapun - Salam Sayang dari Kak Jayn untuk semua. Peace.

p.s I'll upload lots of pictures later. Work for now.

_______________________________________________________________________________________